FREE SHIPPING for orders above RM120

Cara Guna Mg Elementz

CARA PENGGUNAAN MG FLAKES

Rendaman kaki : Larutkan 100g (lebih kurang 1/2 cawan lebih sikit) kepingan Elementz magnesium (magnesium flakes) dengan air suam yang cukup dalam besen untuk menutup kaki. Duduk, rendam kaki anda dan berehat selama 20-40 minit.

Rendaman keseluruhan badan : larutkan 300-500g (kira-kira 2 cawan) kepingan Elementz magnesium (magnesium flakes) dengan air suam di dalam tub mandi. Berendam dan berehat selama 20-40 minit.

Buat permulaan ini adalah disyorkan untuk melakukan rendaman kaki sebanyak 10 kali berturut2. Sehari sekali selama 10 hari. Kemudian minggu seterusnya 2-3 kali seminggu untuk kekalkan tahap kesihatan kita di tahap maksimum.

Untuk pengalaman yang lebih terapeutik, anda boleh meningkatkan jumlah kepingan magnesium di dalam rendaman anda. Dalam kes-kes di mana terdapat kekurangan magnesium yang teruk, adalah disyorkan untuk menyerap magnesium dua kali seminggu, menggunakan sehingga 3.63kg kepingan magnesium selama empat minggu.

Penggunaan Elementz Magnesium Flakes adalah sesuai untuk semua peringkat umur, semasa mengandung dan bagi ibu menyusu.

Suhu mandian magnesium sepatutnya dalam 37C ke 40C dan tidak panas. Air mandi panas menggalakkan perkumuhan bukannya penyerapan. Apabila anda menambah kepingan kepada air mandi yang suam, kulit anda akan menyerap magnesium dengan lebih cekap.

Penyimpanan: Sentiasa pastikan Elementz Magnesium Flakes dalam persekitaran yang sejuk dan kering. Segera di simpan kemas selepas digunakan.

Awas: kepingan Elementz magnesium (magnesium flakes) adalah untuk penggunaan transdermal / topikal sahaja. Jangan telan. Jauhkan dari kanak-kanak.


CARA PENGGUNAAN MG OIL

- Sapukan pada kulit.

- Boleh dicampur dengan minyak asli atau air.

- Sapukan pada seluruh bdan atau pada bahagian badan yang bermasalah/ sakit.

- Guna sebelum atau selepas mandi.

- Biarkan meresap pada badan atau dibilas dengan air selepas 20 minit.

- Sapukan pada tapak kaki sebelum tidur malam.

- Sapukan pada bahagian otot dan sendi yang tegang/ kejang.

- Sapukan pada muka sebelum tidur.

- Penggunaan dalam botol semburan untuk sembur pada badan atau rambut.

- Tambah ke dalam air minuman.

- Tambah ke dalam makanan (sejuk atau panas).


CARA PENGGUNAAN MG LOTION

(Sesuai digunakan oleh Bayi, Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu)

- Disapu pada kulit wajah atau seluruh badan.

- Sapu pada kulit yang bermasalah seperti ekzema, gigitan serangga, jerawat dll.

- Sapu pada bahagian badan yang bermasalah atau sakit.

- Sapu di seluruh badan bayi.

- Boleh dijadikan primer mekap untuk wanita yang bermekap.