FREE SHIPPING for orders above RM120

TENSOR RING~

Teknologi purba ini, kini dihidupkan semula untuk manfaat orang ramai...

Video di atas menjunjukkan bahawa sebuah Tensor Ring menghasilkan medan tenaga sendiri. Kemudian apabila magnet diletak ditengah Tensor Ring, terjadi Meissner Effect iaitu pengosongan medan magnetik. Ia membuktikan bahawa Tensor Ring adalah sebuah superconductor, di dalam suhu bilik.

FAKTA MENARIK TENTANG TEMBAGA/COPPER

1. Merupakan antibakteria/virus semulajadi.


2. Selama beribu-ribu tahun tembaga telah digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria dan virus.


3. Orang Mesir Purba, Yunani, Rom, Cina dan Aztec menggunakan barangan berasaskan tembaga untuk merawat luka peperangan, luka bakar, jangkitan, ruam, keradangan dan lain-lain masalah kesihatan.


4. Tembaga mempercepat penyembuhan.


5. Di India kuno dan sekarang, Ayurveda (ilmu perubatan tertua India) telah menyarankan penggunaan air minum dari bekas tembaga kerana tembaga memberikan caj tenaga positif terhadap air dan membunuh mikrob berbahaya.


6. Air rendaman tembaga merupakan antioksidan semula jadi yang mempunyai banyak manfaat kesihatan untuk badan.


7. Penyelidikan terbaru yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendapati bahawa tembaga berkesan terhadap SARS-CoV-2, iaitu virus yang bertanggungjawab terhadap wabak coronavirus. Kajian menunjukkan bahawa setelah empat jam, virus itu tidak lagi aktif di permukaan tembaga, manaka ia masih aktif di atas permukaan plastik setelah 72 jam.

Image
Image
Image

APA  ITU  TENSOR  RING?

Tensor Ring adalah wayar tembaga yang dipintal pada ukuran tertentu dan ditemukan kedua hujungnya sehingga membentuk gegelung ‘cincin’ dengan diameter tertentu. Ukuran tersebut dikenali sebagai Cubit.

 

 Tembaga adalah konduktor elektrik yang terbaik. Apabila tembaga dipanaskan dan dibentuk untuk menghasilkan Tensor Ring, struktur kristal di dalam wayar akan jadi selaras dan menghasilkan aliran piezoelektrik sehala.

 

Wayar tembaga akan dilipat, dipintal, dan dipotong lalu ditemu dan disatukan pada hujung masing-masing. Lengkaplah satu ‘circuit’ tenaga. Ini akan mewujudkan aliran tenaga ulang-alik berterusan pada masing-masing wayar yang mana mengalir secara berlawanan arah, tanpa henti.

 

Jika wayar tembaga tadi dipotong pada ukuran tertentu yang dikenali sebagai ‘cubit’, maka Tensor Ring akan menghasilkan frekuensi yang tertentu. Jika wayar ini dibentuk mengikut corak yang spesifik, ia akan memancarkan medan energi yang juga spesifik.

 

Pada dasarnya Tensor Ring adalah Antena Piezoelektrik.

Aliran tenaga pada Tensor Ring adalah berterusan selagi strukturnya tidak rosak. Aliran tenaga ini tidak bersifat elektrik mahupun magnetik.

Tensor Ring merupakan sebuah superkonduktor pada suhu bilik.

 

Menurut Philli Callahan, seorang pakar di bidang paramagnetism, Tensor Ring menghasilkan nilai paramagnetik tertinggi yang pernah dikaji.

Image

SEJARAH TENSOR RING

Dipercayai bahawa teknologi Tensor Ring telah wujud sejak berkurun lalu. Ia adalah teknologi zaman purba yang telah dilupakan.

 

Teknologi Tensor Ring yang telah ‘lama hilang’ ditemui semula oleh Slim Spurling dan Bill Reid pada tahun 1991. Dari sini, Tensor Ring semakin berkembang sehinggalah ke hari ini.

 

Pada awalnya, ukuran Tensor Ring yang ditemui oleh Slim Spurling hanyalah 20.6 inci (52.5 cm). Ukuran ini dikenali sebagai Royal Cubit. Ia adalah ukuran asas yang digunakan untuk membina piramid-piramid di Mesir.

Image

Royal Cubit juga dikenali sebagai Sacred Cubit kerana ukurannya adalah berasaskan ukurlilit Bumi di mana piramid dibina. Saiz Sacred Cubit adalah 1/10 000 000 daripada radius kutub bumi, serta memiliki hubungan dengan berat serta radius atom Hidrogen.

 

Royal atau Sacred Cubit menghasilkan frekuensi 144 Mhz.

 

Teknologi Tensor Ring paling banyak dikembangkan di Barat sahaja, dan sangat kurang popular di kawasan Asia, apatah lagi di Malaysia. Borneo Tensor adalah yang pertama mengeluarkan produk Tensor Ring di Malaysia.

 

Mungkin kerana membina Tensor Ring adalah sangat rumit (kalau belum biasa), sebab itu tidak ramai yang mahu mencubanya.

 

Kalau kita telusuri sejarah, kita akan temui bahawa orang tua-tua kita dulu memang sangat suka menggunakan peralatan daripada tembaga, kerana mereka menyedari manfaatnya untuk kesihatan.

 

Ini menunjukkan bahawa, tembaga dan manfaatnya bukanlah benda baru apatah lagi asing kepada masyarakat kita.

MANFAAT TENSOR RING
 

Tensor Ring merupakan sumber energi yang berterusan mengalir. Sifat energinya bukan elektrik dan bukan juga magnetik.

 

Energi dihasilkan oleh Tensor Ring mampu mengharmonikan memiliki daya penyembuhan untuk untuk semua kehidupan.


Ia adalah sebuah superkonduktor.
 
Ia mampu meneutralkan medan elektromagnetik (EMF) yang mana pada zaman ini begitu banyak memancar di sekeliling kita tanpa kita sedar, bersumber dari peralatan-peralatan canggih yang kita gunakan setiap hari dan memberian kesan buruk pada kesihatan kita dalam tempoh jangka panjang. 

 

Medan tenaga dari Tensor Ring dapat memurnikan energi persekitaran yang kacau bilau. 

Image

Secara umumnya, semua Tensor Ring berfungsi untuk:

1. Cleansing – Membersihkan energi negatif

2. Harmonising – Mengharmonikan medan energi yang terhubung dengannya.

3. Energising/Boosting – Memperkuat dan meningkatkan medan energi yang lemah dan rendah getarannya.

4. Meneutralkan EMF

5. Mengionkan air, agar molekul air menjadi lebih murni dan menjadi lebih alkali.

6. Menstabilkan medan tenaga pemakainya.

Tensor Ring yang digabungkan menjadi Multi Tensor, dengan corak tertentu akan memiliki fungsi yang lebih spesifik untuk tujuan tertentu.

SENARAI PRODUK- PRODUK TENSOR.

Image
Image

NOTA PENTING:

Craftmanship- 7 hari bekerja.


Tempahan akan dipos dalam tempoh 7-10 hari bekerja.


Order tensor ring tidak boleh dicampurkan dengan barang2 lain.