Sodium bikarbonat adalah serbuk kristal putih (NaHCO3) dan ia juga dikenali sebagai baking soda, bikarbonat soda, natrium hidrogen karbonat, atau natrium karbonat asid. Nama IUPACnya ialah natrium hidrogen karbonat. Ia dikategorikan sebagai garam asid, dibuat dengan menggabungkan asid (karbonik) dan asas (natrium hidroksida), dan ia bertindak balas terhadap bahan kimia lain sebagai alkali ringan. Ia mempunyai rasa asin dan alkali yang sedikit.
Nahcolite adalah bentuk mineral natrium bikarbonat semula jadi. Pada suhu di atas 149 ° C, baking soda pecah menjadi bahan yang lebih stabil natrium karbonat, air, dan karbon dioksida.
Kelebihan Nahcolite/ Sodium bikarbonat keluaran Elementz adalah ianya dari sumber semulajadi, tiada sebarang proses kimia dan ianya selamat digunakan tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif.
Nahcolite/ Sodium Bikarbonat memang banyak kegunaannya. Tidak hanya sebagai bahan untuk membuat kek dan aneka pastri lain tetapi rupanya banyak kegunaannya dalam memudahkan urusan rumah tangga. Tak kurang juga untuk mencantikkan seluruh tubuh kita.
Walaupun tiada sebarang kajian yang membuktikan kesasihan ini namun ramai yang mencubanya. Paling utama rata- rata mereka mencuba beberapa petua menggunakan bahan ini memberi tindak balas yang cukup hebat.
Benarkah? Jom kita tengok apa nahcolite/ sodium bikarbonat ini mampu lakukan untuk memudahkan urusan harian kita.
1. Memaksimumkan Penyerapan Magnesium
Masukkan 2 hingga 3 sudu nahcolite ke dalam air larutan Magnesium Flakes sewaktu membuat terapi rendaman kaki/ badan dengan Magnesium. Ia akan memaksimumkan lagi kadar penyerapan Magnesium ke dalam tubuh.
2. Bersihkan microwave.
Masukkan nahcolite ke dalam bekas berisi air. Kemudian panaskan di dalam mikrowave selama 2 minit. Hasilnya kesan kotoran melekat dan bau yang tertinggal di dalam mikrowave akan hilang. Kesan minyak juga lebih senang dicuci.
3. Buang Black Head
Campurkan 2 sudu nahcolite dan masukkan 1/4 cawan jus lemon dalam mangkuk. Kacau seabti dan sapu rata ke muka. Biarkan sekejap selama 15 minit dan bilas dengan air suam.
4. Putihkan Gigi
Campurkan sesudu nahcolite dengan perahan jus limau nipis. Campurkan rata dan gosokkan pada gigi hingga nampak kesannya. Jika suka anda boleh juga menggunakan lemon atau buah strawberi.
5. Putihkan Muka
Campurkan 2 sudu besar nahcolite ke dalam 2 gelas air. Gaul sebati dan sapu rata pada wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
6. Bersihkan Tandas
Nahcolite merupakan pembersih semulajadi dan berkesan untuk mencuci. Taburkan sedikit serbuk soda ke atas lantai dan seluruh tandas kemudian biarkan seketika. Barulah dibilas seperti biasa. Kerja mencuci jadi lebih mudah dan kotoran ditanggalkan sekelip mata.
7. Hilangkan Bau Badan
Masalah bau badan utama adalah daripada bawah ketiak. Lakukan campuran 4 sudu makan nahcolite bersama air(jangan cari). Kemudian sapukan dengan perlahan-lahan pada ketiak atau kawasan sekitarnya. Biarkan sehingga kering.
8. Bersihkan Buah & Sayur
Cara paling tepat untuk menanggalkan bakteria dalam sayur dab buah adalah dengan mencucinya menggunakan serbuk nahcolite. Rendam buah dan sayur seketika dengan nahcolite kemudan basuh bersih dengan air mengalir. Bakteria akan turut tanggal.
9. Manicure & Pedicure
Kuku juga mampu dirawat dan dicantikkan dengan nahcolite. Campurkan 2 sudu besar serbuk nahcolite. Gaul seabati dan sapukan pada kuku yang agak keras dan bahagian tepi kuku. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air suam.
10. Segarkan Peti Sejuk
Bau kurang enak di dalam peti sejuk adakalanya buat kita rasa tidak selesa. Bancuh nacholite dengan air suam dan bersihkan seluruh peti sejuk dengan campuran bahan ini.Lebihan airnya dibiarkan saja untuk menyerap bau- bauan tidak menyenangkan.
11. Rawatan Kaki
Buang kulit kasar pada kaki dengan skrub menggunakan nahcolite ini. Mulakan dengan mencampurkan air rendaman daripada soda ini. Campurkan 2 hingga 3 sudu nahcolite ke dalam air.
Kacau sebati dan rendam kaki selama 20 minit. Bula juga dicampurkan 3 titis essential oil seperti lavender. Untuk skrubnya, campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama seidkit air dan sentallah kulit kasar pada kaki hingga sempurna.
12. Cerahkan Kulit Wajah
Campurkan nahcolite dengan satu sudu besar jus beberapa titik mintak zaitun. Bersihkan wajah terlebih dahulu, kemudian sapukan campuran berkenaan pada kulit. Bilas selepas 10 minit. Untuk hasil yang lebih maksimum, bilaskan wajah dengan air suam.
13. Redakan Jerawat
Nahcolite ini bukan hanya merawat jerawat bahkan dapat memutihkan kulit. Ambil sesudu nahcolite dan bancuh bersama pencuci muka kegemaran anda. Sebatikan dan kemudian sentallah ke kulit wajah seperti mencuci muka seperti biasa. Bilas dengan air suam dan rasai hasilnya. Lakukan setiap hari.
14. Redakan Masalah Asid Reflux
Bancuhkan 1 sudu kecil nahcolite dengan air suam. Minum apabila terasa pedih perut disebabkan asid reflux.